Pota usaha kerajaan tangani ancaman IS

  • 6 years ago
Kerajaan menggubal akta pencegahan keganasan, pota bertujuan untuk menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan IS di negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, kerajaan memandang serius perkara itu kerana ketika ini, semakin ramai rakyat Malaysia terpedaya dan salah faham dengan makna jihad sehingga sanggup menggadai nyawa dan harta demi menyertai kumpulan militan IS di Syria dan Iraq.