Perodua kurangkan harga Viva atas jalan

  • 7 years ago
Perodua mengurangkan harga jualan semua Varian Viva sehingga RM 5,300 berkuat kuasa hari ini, membabitkan semua 181 premis jualannya di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai RM 800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 ogos.