Hairan Majlis Peguam persoal PM saman Malaysiakini

  • 6 years ago
Langkah Majlis Peguam yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memfailkan saman terhadap portal berita Malaysiakini disifatkan sangat luar biasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu merupakan hak individu dan perkara biasa dalam menuntut keadilan menerusi proses undang undang di mahkamah.