Malaysia destinasi percutian mesra pelancong Muslim

  • 6 years ago
Kewujudan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan muslim menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian paling mesra di rantau ini. Timbalan pengurus Besar Mayflower Abdul Rahman Mohamed, Malaysia sememangnya layak berada di kedudukan itu kerana negara ini mempunyai banyak kemudahan kepada pelancong yang beragama Islam. Selain mudah mendapat akses makanan halal, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan di lapangan terbang, selain suasana yang selamat.