MAS lakukan kajian menyeluruh untuk jangka panjang

  • 6 years ago
Kajian menyeluruh berhubung pelan perniagaan Malaysia Airlines sedang dijalankan dengan meneroka segala jalan yang ada untuk memastikan kelestarian jangka panjang syarikat.

Menurut MAS pelan itu akan dikongsi dengan pemegang kepentingan pada masa yang sesuai apabila memperoleh kelulusan dan persetujuan yang perlu.