Najib saman Pua dan seorang lagi berhubung isu 1MDB

  • 6 years ago
Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee dan seorang lagi berhubung isu One Malaysia Development Berhad (1MDB). Bertindak atas kapasiti peribadi, Najib memfailkan saman itu pada Khamis di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur melalui tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.