Penganalisis: Cabaran hebat MAS

  • 6 years ago
Kurang lima bulan selepas misteri kehilangan MH370 menyelubungi Malaysia Airlines kini MAS berdepan dengan tragedi MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Rusia. Beban pastinya berat untuk syarikat penerbangan negara itu ditambah kerugian yang sedang ditanggung. Penganalisis Penerbangan Maybank Investment Mohshin Aziz berkata, ia cabaran terbesar pernah disaksikan dalam sejarah penerbangan dunia apabila dua tragedi melanda MAS dalam tempoh singkat.