AS sumbang 12 bot untuk ESSCOM

  • 6 years ago
Kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan diperkukuhkan lagi dengan penambahan 12 bot sumbangan kerajaan Amerika Syarikat. Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri sumbangan bot itu merupakan antara beberapa persetujuan yang dimeterai oleh Malaysia dan Amerika Syarikat ketika lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke Malaysia tahun lalu.