Sabri tokoh korporat hebat - Tun Ahmad Sarji

  • 6 years ago
Allahyarham Tan Sri Sabri Ahmad, disifatkan sebagai tokoh korporat hebat kerana berjaya membawa keuntungan kepada kumpulan Golden Hope Plantations Bhd (Golden Hope). Pengerusi Golden Hope Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata allahyarham ketika memegang jawatan ketua pegawai eksekutif pada 2004 hingga 2007, berjaya membantu Golden Hope meraih keuntungan yang besar.