IMT-GT libat sektor swasta, pertumbuhan ekonomi positif

  • 6 years ago
Mesyuarat peringkat menteri segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand ke-20 IMT-GT bersetuju untuk terlibat secara terus dengan wakil-wakil sektor swasta pada mesyuaratnya yang akan datang.

Ia bagi mempercepat hasil membabitkan projek berkait sektor swasta.

Menurut satu kenyataan berdasarkan penemuan awal kajian separuh penggal, Kumpulan Kerja (WG) telah mengenal pasti 33 projek yang sedang dilaksanakan daripada 72 projek dalam rangka tindakan pelaksanaan.