Atlet wusyu wanita negara bertarung di Kejohanan MMA

  • 6 years ago
Malaysia bakal menyaksikan seorang lagi jaguh wanita beraksi di arena seni mempertahankan diri campuran peringkat antarabangsa, MMA selepas Ann Osman. Ella Tang Pei Kin, 25 tahun, atlet wushu negara meluaskan pengalaman dengan menyertai MMA, bertarung di kejohanan One Fighting Championship atau One Fc di Jakarta, Sabtu depan.