Pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang

  • 6 years ago
AirAsia Indonesia dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura tidak dapat dihubungi pengawal trafik udara jam 7.24 pagi tadi. Pada masa ini, pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung status penumpang dan krew dalam penerbangan namun akan memberikan maklumat kepada semua pihak sebaik memperolehnya. Masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan AirAsia akan bekerjasama penuh dan memberi perkhidmatan yang diperlukan. Pihak AirAsia Indonesia juga sudah menubuhkan pusat panggilan kecemasan bagi memudahkan keluarga dan rakan mangsa mendapat maklumat lanjut. Mereka boleh menghubungi talian +622129850801 atau melayari laman web AirAsia, www.airasia.com,

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya

Visit http://www.astroawani.com for more news

Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani