6 pelajar cedera parah, bas terbabas

  • 6 years ago
Enam pelajar cedera parah selepas bas yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan dari lorong kiri jalan Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor berdekatan Empangan Batu pada jam 6:30 petang Ahad. Bas yang membawa 24 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dua orang pemandu dalam itu dalam perjalanan pulang dari Kem Eco Ulu Yam menuju ke kolej mereka di Nilai.