Perodua terima 500-600 unit Axia setiap hari

  • 6 years ago
Perodua menjangka untuk mencapai sasaran jualan 30,000 unit Perodua Axia pada akhir tahun ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh sejak tempahan dibuka 15 Ogos lalu, pihaknya telah menerima 13,500 unit dengan tempahan harian antara 500 dan 600 unit.