Nokia tawar telefon pintar ikut selera pengguna

  • 6 years ago
Nokia mensasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak telefon pintar dengan ciri nilai tambah dan harga berbeza pada semua peringkat permintaan pasaran.

Ia dipacu pertumbuhan pantas segmen telefon pintar dan peranti mudah alih dalam pasaran global.

Antaranya dengan pelancaran model terbaru telefon pintar Nokia X.

Ikuti temubual prospek telefon pintar bersama ketua bahagian pemasaran pan Asia Nokia, Gary Chan yang berada di Kuala Lumpur sempena pelancaran Nokia X hari ini.