Malaysia perlu bangunkan teknik kesan virus denggi

  • 6 years ago
Malaysia perlu membangunkan suatu teknik atau mekanisme berkesan bagi mengesan virus denggi dalam badan individu.

Menurut Profesor Sazaly Abu Bakar, pakar denggi Universiti Malaya (UM), ia bagi memastikan virus denggi dapat dikesan dengan segera dan sekaligus mengurangkan penularan wabak melalui individu yang sudah dijangkiti.