Koperasi sekolah sistematik jadi rujukan luar negara

  • 6 years ago
Koperasi sekolah di Malaysia yang mempunyai gerakan tersusun dan sistematik bukan sahaja berjaya di peringkat antarabangsa malah turut menjadi rujukan negara luar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara negara luar yang menjadikan Malaysia sebagai negara rujukan untuk sistem koperasi sekolah ialah India, Thailand dan Fiji.