Denggi: Perlis catat 10 kes baharu

  • 6 years ago
10 kes terbaru demam denggi dan denggi berdarah dilaporkan di Perlis baru-baru ini menjadikan jumlah keseluruhan 110 kes sehingga kini. Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin berkata kes itu berlaku dalam tempoh seminggu berakhir 5 Julai lepas, meningkat satu kes berbanding minggu sebelumnya.