PRK Teluk Intan: Mesyuarat khas SPR Khamis ini

  • 6 years ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas mengenai kerusi Parlimen Teluk Intan pada Khamis ini berikutan kematian penyadangnya Seah Leong Peng pada Khamis lepas.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata suruhanjaya itu menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 9.25 pagi ini berhubung kekosongan kerusi itu.