Kerajaan akan putuskan program penstrukturan semula

  • 6 years ago
Kerajaan akan memutuskan mengenai program penstrukturan semula subsidi pada suku keempat tahun ini dan akan dilaksanakan pada 2015. Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada suku tersebut kerajaan juga akan memutuskan sama ada petrol ron 95 dan diesel akan dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa 1 April.