Restoran Line Clear akan terus beroperasi

  • 6 years ago
Pengendali Restoran Nasi Kandar Line Clear memberi jaminan akan meneruskan operasi biarpun berdepan tindakan pengosongan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pemiliknya, Abdul Hamid Seeni Pakir, berkata penggemar nasi kandar premisnya tidak perlu bimbang kerana Line Clear akan terus mempertahankan restoran yang menjadi antara ikon negeri itu.