Peniaga dihukum gantung kerana bunuh pelancong

  • 6 years ago
Mahkamah Tinggi Kuantan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang peniaga, atas kesalahan membunuh pelancong warga Perancis di Pulau Tioman, Mei 2011. Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.