Kampung Parit Jerman dapat tempias

  • 6 years ago
Kemenangan besar skuad Jerman terhadap Brazil turut memberi tempias kepada sebuah kampung di Johor. Kampung Parit Jerman yang terletak di daerah Pontian menjadi terkenal kerana persamaan nama. Walaupun mereka langsung tiada kaitan dengan kuasa bola sepak Eropah itu, kejayaan Jerman itu menggembirakan lebih 100 warganya kerana kampung mereka dikenali.