NCCIM sokong kerajaan kurangkan defisit bajet

  • 6 years ago
Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) memuji usaha kerajaan menguruskan negara dan menyokong sepenuhnya inisiatif untuk mengurangkan defisit bajet.

Presidennya Datuk Syed Ali Alattas berkata, inisiatif seperti Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dan pengurangan subsidi kerajaan perlu untuk mengekalkan kekukuhan ekonomi negara.