Airasia, Airasia X beroperasi dari LCCT pada 2-8 Mei

  • 6 years ago
Penerbangan Airasia dan Airasia X terus beroperasi dari terminal penerbangan tambang rendah, LCCT dari 2 hingga 8 mei ini.

Airasia dalam satu kenyataan , berkata, operasi kedua-dua syarikat penerbangan itu hanya akan bermula di KLIA2 pada jumaat, 9 Mei.

Bagaimanapun, beberapa penerbangan Airasia, bagi laluan antarabangsa dan domestik akan mendarat terus di KLIA2, pada 8 Mei.