Pelajar maut selepas bergaduh dengan rakan

  • 6 years ago
Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah.

Pelajar lelaki berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian pukul 11.00 malam Selasa.