Najib dan Obama saksikan majlis tandatangan 3 MoU

  • 6 years ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pagi tadi menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan AS membabitkan pelaburan bernilai lebih RM6 bilion.

Perjanjian itu antara Sime Darby-Verdezyne dalam bidang bioteknologi yang bakal mewujudkan 300 pekerjaan serta antara GE dan AirAsia untuk penyelenggaraan 25 pesawat baharu A330 AirAsia X.

Satu lagi MoU ialah antara Met-Life dengan kumpulan Arab-Malaysian untuk pembelian saham dalam Am-Life dan AmTakaful.

Kita ikuti rakaman laporan yang disediakan wartawan Tan Su Lin.