MoU termeterai jalin kerjasama ekonomi utuh

  • 6 years ago
Pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan Amerika itu disifatkan sebagai peristiwa signifikan dalam hubungan dagangan antara kedua negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata langkah itu juga menepati hasrat Malaysia menjadi negara maju yang berasaskan industri berteraskan pengetahuan.

Dalam bidang penerbangan umpamanya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Air Asia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes melihat mou yang ditandatanganinya antara AirAsia X dengan ge mampu meningkatkan lagi rangkaian perkhidmatan udara.