Permainan online untuk simulasi penularan wabak

  • 6 years ago
Trending di kalangan gamers ialah sebuah permainan taktikal yang dikenali sebagai Plague Inc.

Membawakan simulasi penularan wabak di seluruh dunia menerusi permainan, terus menjadi perhatian warga media sosial seluruh dunia. Pengguna perlu bijak memilih kaedah wabak disebarkan serta jenis patogen, virus, bakteria dan lain-lain.

Simulasi penyakit MERS-CoV juga boleh dibuat menerusi permainan ini dengan menggunapakai data sedia ada berkaitan penularan serta jenis virus yang menjangkiti manusia.

Pengguna yang berminat bolehlah mendapatkan Plague Inc menerusi App Store dan juga Google Play Store.