Lawatan Obama bukan untuk muktamad TPPA

  • 6 years ago
Lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia hanya untuk meneruskan perbincangan lanjut mengenai perjanjian perkongsian trans-pasifik tppa dan bukan untuk memuktamadkannya dalam tempoh itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Berkata Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata mustahil untuk Malaysia dan Amerika memuktamadkan TPPA memandangkan ia bukan perjanjian dua hala, dan presiden obama hanya mewakili sebuah Negara.