Catuan air jejas pelaburan di Selangor

  • 7 years ago
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bimbang pelan catuan air di Selangor menjejaskan operasi pengeluaran syarikat tempatan dan luar negara sekiranya ia terus dilaksanakan.

Beliau berkata berdasarkan sesi dialog yang dihadiri bersama syarikat yang beroperasi di Selangor, terdapat syarikat yang ingin mengkaji semula rancangan pengembangan mereka di Selangor sekiranya masalah air tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.