"May the best man win" - Sultan Ahmad Shah

  • 6 years ago
"May the best man win", itu ulasan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai perebutan tiga penjuru jawatan tertinggi FAM tidak lama lagi.

Sultan Ahmad Shah juga berkata, baginda menegaskan tidak akan menarik diri dari mempertahankan jawatan yang telah disandang sejak 30 tahun itu malah melihat nya sebagai satu perkembangan yang sangat baik.

Tiga nama telah dicalonkan bagi jawatan presiden dan ketiga-tiganya telah mengesahkan untuk menerima pencalonan itu iaitu Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.