17,000 penerima tolak pemberian BR1M 3.0

  • 6 years ago
Sebanyak 17 ribu isi rumah yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M secara jujur menolak bantuan kali ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang menerima BR1M tahun lalu memaklumkan terus kepada kerajaan tidak mahu menerima bantuan kali ini kerana merasakan bukan lagi keluarga susah.