Tren monorel dengan 4 gerabak bakal diguna pada 2014

  • 6 years ago
Dua belas set tren empat gerabak baru akan diperkenal sebagai sebahagian daripada projek pembesaran monorel RapidKL.

Ia dijangka siap pada suku ketiga tahun depan, sekali gus menggandakan kapasiti semasa jajaran monorel.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Infrastruktur Syarikat Prasarana Negara Berhad (prasarana) Amiruddin Ma'aris dalam satu kenyataan, set tren empat gerabak itu dijangka dihantar secara berperingkat mulai awal tahun depan.