Video: Jeddah dilanda banjir besar
  • 6 years ago
Hujan lebat dari awal pagi menyebabkan bandar Jeddah dinaiki air sehingga berlakunya banjir besar.

Susulan kejadina banjir kilat itu, Pusat Krisis dan Bencana di Wilayah Makkah telah menutup beberapa jalan utama di Jeddah.

Ribut petir dan angin kuat juga dilaporkan berlaku dan ini menghadkan penglihatan.

Menerusi rakaman yang dikongsi di laman sosial kejadian banjir berkenaan, kelihatan beberapa buah kenderaan tersangkut di dalam banjir yang berlaku.