Perodua buka tempahan MyVi baru

  • 7 years ago
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah mengumumkan model ikonik Perodua MyVi untuk tahun 2018.
Perodua MyVi 2018 sudah boleh ditempah dengan harga serendah RM44,300 manakala RM53,300 untuk model tertinggi dengan spesifikasi penuh.

Harga yang dinyatakan di atas adalah harga atas jalan tanpa insuran.

MyVi 2018 tampil dengan empat model iaitu Perodua MyVi 1.3 Standard G, Perodua MyVi 1.3 Premium X, Perodua MyVi 1.5 High dan Perodua MyVi 1.5 Advance.

Enam warna bakal dilancarkan iaitu - Granite Grey, Peppermint Green, Peppermint Green, Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.