Pemain Indonesia Egy Maulana jadi 'buruan'

  • 7 years ago
Kelincahan, skil serta keyakinan diri yang ditunjukkan pemain berbakat Indonesia Egy Maulana Vikri telah menjadikannya 'buruan'

Egy dilaporkan menerima tawaran daripada lima kelab eropah dan pasukan Liga Super Malaysia.

Real Madrid, Sporting Lisbon CP, Espanyol, Getafe, Benfica dan Selangor FA kini memburu Egy untuk pasukan mereka.

Selangor FA telah menghantar wakilnya menawarkan kontrak dan perkara ini telah disahkan oleh bapa Egy, Subagja Suihan.

Egy turut menerima tawaran 'trial' bagi beraksi bersama Real Madrid, Espanyol dan Getafe.

Egy menjadi sensasi bola sepak selepas aksi hebat beliau membantu skuad bawah 19 tahun (B-19) Indonesia ketika kelayakan Piala AFC U-19. di Myanmar.

Recommended