Chelsea sekadar seri di laman sendiri

  • 7 years ago
Jika Manchester United bernasib baik untuk aksi Liga Juara-Juara tetapi buat Chelsea seakan nasib malang menimpa.

Apa tidaknya Chelsea sekadar seri di laman sendiri bertemu AS Roma 3-3.

David Luiz mencetak gol pertama Chelsea dengan rembatan melencong yang cantik dari luar kotak penalti diikuti gol mudah Eden Hazard pada minit ke 37.

Roma bangkit dengan gol penyamaan hasil rembatan padu Aleksandar Kolarov tiga minit selepas gol Hazard.

Babak kedua kerapuhan benteng Chelsea dihukum Roma dengan dua gol Edin Dzeko dalam masa enam minit.

Eden Hazard muncul penyelamat Chelsea dengan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 3-3.