Safiq Rahim mohon maaf, jurulatih, pemain tidak salahkan beliau

  • 7 years ago
Kad merah yang di terima Safiq Rahim menyebabkan Malaysia bermain dengan 10 pemain dan kecundang di tangan Hong Kong 2-0.

Pada aksi ketiga kelayakan Piala Asia 2019, Safiq Rahim yang juga Kapten Harimau Malaya dilayangkan kad merah selepas dilihat memijak pertahanan lawan.

Namun Nelo Vingada tidak meletakkan ketiadaan Safiq sebagai punca skuad kebangsaan kalah.

Menurut Nelo beliau akur dengan keputusan pengadil dan berpandangan Safiq cuba mengawal bola sambil menegaskan Safiq bukanlah seorang pemain yang suka membuat terjahan keras seperti itu.

Pertahanan kanan negara Mattew Davies enggan menyalahkan Safiq Rahim dan berkata Safiq adalah pemain yang dihormatinya.

Katanya insiden ini berlaku di dalam perlawanan dan Safiq memohon maaf kepada rakan sepasukan selepas insiden berkenaan.