Jaringan memukau sepakan volley deras Antonio Valencia

  • 7 years ago
Seawal minit ke-4, Manchester United (MU) merobek gawang Everton menerusi satu jaringan memukau pemain Antonio Valencia.

Jaringan volley deras Antonio yang menerima bola umpanan Nemanja Matić pasti akan tersenarai sebagai salah satu gol tercantik musim ini di Liga Perdana Inggeris.

Antonio menjaringkan gol menerusi satu sepakan volley deras kaki kanan dengan bola menuju tepat ke sudut atas kanan gaawang Everton tanpa dapat diselamatkan penjaga gol.

Perlawanan semalam adalah aksi pertama Wayne Rooney kembali ke Old Tarfford setelah bergelar pemain Everton.
MU berjaya menewaskan Everton dengan hasil jaringan 4-0.