Tiada rezeki cipta sejarah, Thailand terus jadi penghalang

  • 7 years ago
Thailand terus menjadi penghalang buat skuad bola sepak negara meraih kemenangan yang diimpikan.

Jika pada temasya Sukan Sea 2017, Thailand mencuri emas negara, kali ini mereka menidakkan pasukan negara mencipta sejarah baru.

Kejuaraan B-18 AFF 2017 menyaksikan Thailand menang menewaskan skuad negara 2-0 untuk meraih gelaran tersebut.

Ekanit Panya dan Kritsada Kaman memastikan kejuaraan milik Thailand dengan jaringan masing-masing pada minit ke-48 dan 51.

Malaysia belum pernah menjadi juara untuk Kejuaraan B-18 AFF sejak ia diperkenalkan namun telah melangkah ke final sebanyak empat kali iaitu 2003,2005,2006 dan 2007.