'The Speedy Jantan' lelaki terpantas Asia Tenggara

  • 7 years ago
Raja pecut Malaysia, Khairul Hafiz Jantan kini bergelar raja pecut Asia Tenggara selepas merangkul pingat emas 100 meter Sukan SEA 2017, sebentar tadi.

Atlet kelahiran Melaka itu mencatatkan rekod 10.38 saat untuk mengatasi lapan pesaing lain termasuk seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa.

Saingan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Khairul Hafiz ,19, diberi saingan hebat wakil Filipina, Eric Shauwn Cray.

Cray menamatkan lariannya pada kedudukan kedua bersama peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun dikedudukan ketiga dengan masing-masing merekod catatan 10.43 saat.

Jonathan pula terpaksa berpuas hati di tempat kelima dengan catatan 10.66 saat