Jaringan sensasi Rivaldinho buat Rivaldo melonjak gembira

  • 7 years ago
Rivaldinho baru berusia 19 tahun tetapi telah mencipta sensasi apabila menjaringkan gol jarak jauh yang cukup cantik.

Jaringan Rivaldinho bukan sahaja membuat para penyokong pasukannya Dinamo Bucharest melonjak gembira tetapi turut membuatkan ayahnya melompat dan tersenyum bangga.

Rivaldo pemain legenda Brazil merupakan ayah Rivaldinho ternyata cukup gembira dengan jaringan sensasi yang dicipta anaknya itu.

Rivaldo pernah melakukan jaringan sensasi 'bicyle kick' ketika menentang Manchester United satu ketika dulu.