Najib, Rosmah naik bas MRT

  • 7 years ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya meluangkan masa merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam bagi menguji keberkesanan fasa kedua sistem Transir Aliran Massa (MRT), semalam.

Difahamkan, media tidak dibenarkan membuat liputan perjalanan Najib dan keluarganya itu.

Bagaimanapun beberapa tokoh media sosial seperti Wak Doyok dilihat ada menyertai perjalanan berkenaan.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta anak mereka Ashman, tiba di stesen Pusat Bandar Damansara kira-kira jam 6 petang.

Mereka kemudian diberi penerangan ringkas mengenai sistem MRT yang menghubungkan laluan antara Sungai Buloh dan Kajang itu.

Dari stesen berkenaan mereka dibawa melawat laluan bawah sebelum menaiki bas.

Rangkaian MRT akan dibuka sepenuhnya dari Sungai Buloh ke Rawang pada 17 Julai ini.

Sebelum ini kemudahan itu hanya disediakan untuk menghubungkan stesen Sungai Buloh dan Semantan.