'Panggil sidang tergempar Dewan Rakyat segera'

  • 7 years ago
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat dengan segera bagi menjawab semua dakwaan terbaru dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung isu skandal 1MDB.

Wan Azizah, yang mewakili seluruh pemimpin dan ahli-ahli pembangkang Malaysia, juga mendesak Najib membentangkan sebuah kertas putih mengenai dakwaan tersebut bagi menjelaskan fakta-fakta daripada kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.

Jelasnya, satu jelajah penerangan skandal 1MDB ke seluruh negara akan diadakan pada 6 Julai ini di Kepala Batas sehingga September depan.