Babi 'serbu' Tuas

  • 7 years ago
Sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan babi hutan berkeliaran berhampiran Terminal Bas Tuas pada Rabu lalu di Singapura.

Kira-kira 20 ekor babi dilihat berkeliaran di hadapan kantin Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Kebangsaan.

Namun, seorang lelaki menolak troli berisi bahan makanan dan kemudian berjalan sambil diikuti haiwan terbabit.

Rata-rata netizen memberi pendapat bahawa babi-babi tersebut mungkin kelaparan dan mahukan makanan.