Alza 'rempuh' restoran mamak

  • 7 years ago
Sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki terbabas hingga merempuh masuk ke dalam sebuah restoran mamak di Jalan Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang, 11 malam tadi.

Harian Metro melaporkan pemandu berusia 26 tahun itu dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal sebelum hilang kawalan lalu masuk ke dalam restoran terbabit,

Menurut sumber, ketika itu ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi dan MPV terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian depan. Pemandu terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.