Video: Felda tempuh laluan sukar, terperosok di dasar kumpulan

  • 7 years ago
Pasukan Felda United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumpas 1-3 berdepan Tampines Rovers dalam saingan Piala AFC 2017 malam tadi.

Aksi longlai Felda dihukum pasukan Tampines dengan jaringan pertama Ivan Dzoni pada minit ke -29.

Jaringan minit 51 oleh Norshahrul Idlan Talaha memberi sedikit sinar buat Felda namun dua jaringan selepas itu oleh Tampines pada minit ke-65 dan 72 meranapkan harapan Felda.

Berbaki satu perlawanan Felda kini terperosok di kedudukan tercorot kumpulan lima mata.