Tribute XPDC Tentang Tragedi Yang Berlaku Kepada Malaysia. #MH17 #MH370

  • 6 years ago
Muat Turun Lagu Tanda Tanya:

Maxis/ Hotlink CRT: Dail *131*411414# dan tekan CALL
DiGi CT: Dail *233*1313378# dan tekan CALL
Celcom CMT: Dail *888*225936# dan tekan CALL
U Mobile CT: Dail *118*5*2*599941# dan tekan CALL

Download on iTunes:
https://itunes.apple.com/us/album/tanda-tanya-single/id913834808

Tragedi Pondok Pak Ya - 22 September 1989
Terkorbannya 27 para syuhada di dalam kebakaran yang besar.
Tragedi kebakaran ini memusnahkan hampir ke semua 8 blok asrama puteri di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau dikenali dengan nama Pondok Pak Ya.
Antara subjek yang diajar di pondok ini ialah Feqah, tafsir, hadis, tasawwuf, nahu, balaqah, qirat dan subjek-subjek lain.
Kejadian ini dipercayai berlaku kerana lilin yang menyambar tilam asrama dan ianya terjadi ketika para penghuni asrama sedang lena dibuai mimpi. Keadaan asrama yang daif, dapur menggunakan minyak tanah dan dibina dengan papan menyebabkan api cepat merebak.

Runtuhan Highland Tower - 11 Disember 1993
Peristiwa ini berlaku setelah hujan 10 hari berturut-turut dan berlakunya gelongsoran tanah di bawah blok yang runtuh itu.
Seramai 48 orang terkorban di dalam tragedi ngeri itu. Difahamkan sistem perparitan dan saliran yang tidak sistematik juga menjadi punca runtuhan ini.

Tsunami di Penang - 26 Disember 2004
Tercatat sejarah di negara kite dimana berlakunya tragedi tsunami yang mengorbankan banyak nyawa. Kuala Muda Yan, Kuala Muda Langkawi dan Batu Feringghi terkena tempias tsunami yang berlaku di Acheh.

Letupan Kilang Mercun - 7 Mei 1991
Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada 7 Mei 1991 di Sungai Buloh, Selangor. Letupan dari 200 tan belerang dari sebuah kilang mercun sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga 7 kilometer dari tempat kejadian. Tragedi ini juga dikenali sebagai 'Hiroshima Sungai Buloh' kerana ia diibaratkan seperti bom yang jatuh dari pesawat Amerika ke atas wilayah Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Runtuhan Bukit Antarabangsa - 6 Disember 2008
Tanah runtuh ini dipercayai berpunca dari pergerakan air bawah tanah. Kejadian ini terjadi lebih kurang seperti kejadian di Highland Tower. 4 terkorban, 15 cedera dan 14 buah banglo ranap dalam tragedi itu.

Kemalangan Ngeri KM223 - 10 Oktober 2010
Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Kehilangan Pesawat #MH370 - 8 Mac 2014
Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan. Perdana Menteri Malaysia Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Pesawat Terhempas #MH17 - 17 Julai 2014
Pada jam 12.14 pagi waktu Malaysia, sebuah pesawat Boeing 777 9M-MRD milik MAS Airlines penerbangan MH17 telah dilaporkan terhempas akibat tembakan "surface-to-air" missile yang ditembak daripada Buk missile launcher di ruang udara Ukraine.