Wanita 45 tahun 'mengamuk', pukul pekerja
  • 7 years ago
AMARAN: Video di atas mengandungi bahasa yang kasar dan mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Seorang wanita ditahan selepas video dia memukul dan mengasari dua pekerja sebuah kedai optik di Plaza Tiong Bahru, Singapura menjadi viral di media sosial.

Dalam video yang disiarkan oleh pengguna Facebook Gerald Teo, wanita itu mendengar jeritan kata-kata kesat di kedai jenama Owndays.

Pada petang Selasa lalu, Owndays mengeluarkan kenyataan di Facebook memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Menurut kenyataan tersebut: "Seorang pembeli wanita datang ke kedai kami untuk bersembunyi dari wanita lain yang bertukar menjadi agresif. Dua daripada pekerja kami cuba untuk membantu pembeli dan telah diserang oleh wanita yang agresif. Pekerja kita telah berani dan mengekalkan profesionalisme mereka walaupun serangan berulang kali oleh wanita itu. Pihak polis sedang menyiasat perkara itu dan kami sedang mendapatkan nasihat undang-undang."

Polis Singapura berkata wanita berusia 45 tahun itu ditahan berhubung kes tersebut dan siasatan sedang dijalankan.